awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan mayat ditemui di Sungai Perias, murid Orang Asli yang hilang

Bernama
Bernama
08/10/2015
09:18 MYT
Polis sahkan mayat ditemui di Sungai Perias, murid Orang Asli yang hilang
Seorang penduduk kampung menemui mayat seorang budak perempuan yang reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam Rabu. - Foto Astro AWANI
Polis Kelantan hari ini mengesahkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui reput dalam Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, dekat Gua Musang malam tadi adalah antara tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata hasil pengecaman yang dilakukan anggota keluarga ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan mengenal pasti mangsa berkenaan sebagai Sasa Sobrie, 8.
"Keluarga mangsa mengecam mayat itu menerusi tanda-tanda yang terdapat di badan mangsa. Bagaimanapun pembuktian menerusi ujian DNA masih perlu dilakukan untuk pengesahan sebelum mayat mangsa dapat dituntut oleh anggota keluarganya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Zon Timur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini.
Majlis yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani itu turut dihadiri kira-kira 300 pegawai dan anggota SSPDRM dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Seorang penduduk kampung menemui mayat seorang budak perempuan yang reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata hasil penemuan mayat itu, pihaknya akan mengubah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan memberi fokus di sepanjang sungai berkenaan selepas ini dan turut menggunakan khidmat pasukan penyelam daripada beberapa agensi terlibat.
Di GUA MUSANG, Pengarah Hospital Gua Musang (HGM) Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin ketika ditemui berkata hasil bedah siasat malam tadi mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia kira-kira satu atau dua minggu lepas dan pengesahan mayat akan ditentukan menerusi ujian DNA.
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#hilang
#Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan
#JKOAK
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan