MALAYSIA
Polis sahkan mayat wanita dalam beg ialah Suri
Polis mengesahkan mayat wanita dalam beg di Kampung Batu 4, Rembau ialah Suri Narudin selepas perbandingan cap jari dan analisis DNA. -Foto fail/Sinar Harian
REMBAU: Teka-teki penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 di sini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan identiti mangsa sebagai Suri Narudin.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan itu diperoleh hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang dijalankan oleh pihak polis.
"Satu set cap jari mangsa telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi tujuan semakan.
“Berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari, pihak polis mengesahkan cap jari berkenaan sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) atas nama Suri Narudin yang dilaporkan hilang melalui laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, polis turut menerima laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic Acid) daripada Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga wanita terbabit.
“Hasil keputusan analisis DNA mendapati, spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat iaitu adik-beradik kandung dengan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi.
“Penemuan ini sekali gus mengukuhkan proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin,” katanya.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau mana-mana balai polis berhampiran.
“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional serta berlandaskan undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu yang dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Identiti wanita itu sebelum ini sukar untuk disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan mayat wanita dalam beg di Kampung Batu 4, Rembau ialah Suri Narudin selepas perbandingan cap jari dan analisis DNA menunjukkan kekeluargaan yang tinggi.
- Penemuan identiti mangsa mengukuhkan laporan hilang Suri Narudin pada 15 Disember 2025, serta dua lelaki ditahan di Melaka dan Bentong untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, dan diminta untuk memberi sebarang maklumat berkaitan kes tersebut kepada pihak polis.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan itu diperoleh hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang dijalankan oleh pihak polis.
"Satu set cap jari mangsa telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi tujuan semakan.
“Berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari, pihak polis mengesahkan cap jari berkenaan sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) atas nama Suri Narudin yang dilaporkan hilang melalui laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, polis turut menerima laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic Acid) daripada Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga wanita terbabit.
“Hasil keputusan analisis DNA mendapati, spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat iaitu adik-beradik kandung dengan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi.
“Penemuan ini sekali gus mengukuhkan proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin,” katanya.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau mana-mana balai polis berhampiran.
“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional serta berlandaskan undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu yang dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Identiti wanita itu sebelum ini sukar untuk disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah mangsa yang ditemui dalam keadaan mayat di Kampung Batu 4, Rembau?
A: Mangsa dikenal pasti sebagai Suri Narudin berdasarkan pengesahan cap jari dan analisis DNA yang menunjukkan hubungan kekeluargaan. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis untuk mengesahkan identiti mangsa?
A: Pihak polis menghantar cap jari mangsa untuk perbandingan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan juga memperoleh laporan analisis DNA dari Jabatan Kimia Malaysia. - Q: Bagaimana pihak polis menegaskan kepastian identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin?
A: Hasil pemeriksaan cap jari dan analisis DNA menunjukkan bahawa mayat tersebut adalah Suri Binti Narudin dengan kepastian hubungan kekeluargaan yang tinggi. - Q: Mengapa orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berkaitan kes tersebut?
A: Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh polis susulan penemuan mayat wanita tersebut?
A: Polis telah menahan dua lelaki, masing-masing di Melaka dan Genting Sempah, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#Mayat dalam beg
#Suri Narudin
#Pejabat Pendaftaran Penjenayah
#Kampung Batu 4 Rembau
#rumah tidak berpenghuni