Skip to main content

Malaysia

Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami

Pemandangan sekitar kediaman di Kuarters KLIA di Nilai, lokasi seorang pegawai wanita JKDM ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya malam tadi.  --fotoBERNAMA
Pemandangan sekitar kediaman di Kuarters KLIA di Nilai, lokasi seorang pegawai wanita JKDM ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya malam tadi. --fotoBERNAMA

Advertisement

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.  

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.  

"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.  

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Alzafny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement