[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Polis sahkan pembantu Najib buat laporan

Bernama 12/10/2018 | 20:53 MYT
Pada Khamis, Najib mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam beberapa kes pembunuhan. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah ketika dihubungi berkata pembantu Najib membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang Jumaat.
Pada Khamis, Najib dalam status Facebook rasmi beliau, mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
-- BERNAMA
#Altantuya Shaariibuu #Anthony Kevin Morais #bekas perdana menteri #Facebook #kes pembunuhan #laporan polis #Najib Razak #pembantu #polis #polis Sentul #siasatan