awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2024
05:15 MYT
Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Mohamad Lazim (kanan) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu. -Facebook
KUALA LUMPUR: Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota.
  • Kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan lanjut.
  • Video tular tersebut memaparkan sekumpulan individu yang didakwa berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, laporan diterima daripada orang awam manakala kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan lanjut.
"Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung satu video tular sekumpulan orang yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur pada 28/12/2024 jam lebih kurang 10.05 pagi.
"Kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan yang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Sabtu, tular satu video dalam media sosial memaparkan sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Seorang pengguna Facebook dikenali Rizuwan Rosly memuat naik beberapa video dalam laman Facebooknya mengenai aktiviti itu dengan meluahkan kebimbangannya.
Rizuwan memaklumkan, pada awalnya dia menyangka sekumpulan individu yang memakai pakaian serban putih itu berzikir di salah sebuah kubur di tanah perkuburan berkenaan.
Namun, lama-kelamaan dia mengakui keadaan itu agak aneh dan mendakwa kumpulan terbabit kelihatan seolah-olah sedang melakukan ritual pemujaan.
Perkongsian Rizuwan itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet termasuk ada pihak yang berkongsi beberapa video yang dimuat naik ke laman X.
Topic Berkaitan
#video tular
#Danau Kota
#tanah perkuburan
#JAWI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan