Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihak polis menerima laporan mengenai penyamaran lelaki itu pada 9 April dan kini polis sedang menyiasat kes itu secara terperinci mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
"Untuk makluman awal pihak polis ada terima laporan. Siasatan sedang dijalankan pihak polis," katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita hari ini.
Semakan Bernama setakat berita ini ditulis mendapati video itu telahpun dipadam menerusi akaun TikTok berkenaan.
-- BERNAMA
