awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2022
15:05 MYT
Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah
Jurugambar dan peguam yang terlibat dalam pergaduhan itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan kes pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa yang melibat seorang jurugambar dan seorang peguam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan polis itu dibuat oleh kedua-dua pihak dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Mohd Iqbal menjelaskan, jurugambar dan peguam yang terlibat dalam pergaduhan itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam.
"Hasil siasatan awal polis mendapati pergaduhan ini melibatkan seorang lelaki yang bertugas sebagai jurufoto sambilan Utusan Malaysia berumur 34 tahun dengan seorang peguam lelaki yang berumur 50 tahun.
"Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah, manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan CEO Cradle Fund.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund | Kecoh pergaduhan jurukamera dengan peguam
"Kedua-dua pihak telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa malam.
Dalam kejadian tersebut jurugambar berkenaan mengalami luka calar di leher dan lengan, manakala peguam tersebut mengalami luka di dahi.
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#Jurugambar
#peguam
#cradle fund
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan