MALAYSIA
Polis sahkan tiada penglibatan rakyat Malaysia dalam militan Bangladesh
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada penglibatan rakyat tempatan dalam kegiatan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang dikesan aktif dalam kalangan warga Bangladesh di negara ini sejak setahun lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan mendapati kumpulan itu tidak menjadikan Malaysia sebagai transit atau sasaran serangan, namun terpengaruh dengan fahaman radikal Islamic State (IS).
"Setakat ini, tiada penglibatan langsung rakyat kita. Kumpulan ini beroperasi secara tertutup melalui kumpulan WhatsApp dan Telegram melibatkan warga Bangladesh yang bekerja di sini," katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Khalid berkata, PDRM bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Bangladesh dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk mengenal pasti rangkaian lebih luas kumpulan berkenaan.
Menurutnya, sindiket itu menyasarkan warga Bangladesh yang memasuki Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan, khususnya dalam sektor buruh seperti kilang, tapak pembinaan dan perkhidmatan.
"PDRM sentiasa memastikan Malaysia tidak dijadikan tapak subversif bagi penyebaran elemen radikal, terutamanya melibatkan warga asing yang menyusup ke dalam komuniti migran dan masyarakat umum," tegasnya.
Mohd Khalid turut menegaskan bahawa keselamatan negara adalah keutamaan PDRM dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani ancaman sedemikian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan, 36 lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis IS ditahan menerusi operasi besar-besaran sejak April lalu.
Operasi keselamatan terancang yang bermula pada 24 April lalu dilaksanakan dalam tiga fasa tangkapan di sekitar Selangor dan Johor.
Ringkasan AI
- Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB), yang beroperasi secara tertutup dalam kalangan warga Bangladesh melalui aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram.
- GMRB tidak menjadikan Malaysia sebagai sasaran serangan, tetapi kumpulan itu terpengaruh dengan ideologi radikal IS; PDRM kini bekerjasama dengan INTERPOL dan pihak berkuasa Bangladesh bagi menjejak rangkaian lebih luas.
- Keselamatan negara terus menjadi keutamaan, dengan 36 warga Bangladesh telah ditahan dalam operasi besar-besaran sejak April, menyasarkan pekerja asing dalam sektor buruh seperti pembinaan dan kilang.