MALAYSIA
Polis Sarawak tahan dua lelaki, rampas dadah RM780,000
Menurut Mohamad Zainal, polis menyita pelbagai harta termasuk wang tunai, barangan kemas, jam tangan mewah serta sebuah kereta bernilai keseluruhan kira-kira RM450,000 dalam serbuan itu. - Gambar Bernama
KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas dadah jenis metamfetamina bernilai lebih RM780,000 seberat 20.6 kilogram dalam dua serbuan berasingan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan pertama di tepi jalan KM1 ICQS, Jalan Tebedu-Serian pada 24 Sept lepas, kira-kira 2.45 petang, seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan bersama dadah.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan seorang lagi suspek berusia 63 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Jugah, Kuching pada 25 Sept pada 5.50 petang.
Menurutnya polis menyita pelbagai harta termasuk wang tunai, barangan kemas, jam tangan mewah serta sebuah kereta bernilai keseluruhan kira-kira RM450,000 dalam serbuan itu.
"Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan RM1.23 juta dengan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh lebih 103,000 penagih.
"Sindiket dipercayai telah aktif sejak awal tahun lepas dengan modus operandi mendapatkan bekalan dadah dari Semenanjung sebelum dibawa masuk ke Sarawak. Sindiket turut menawarkan upah RM5,000 sebagai bayaran penghantaran dadah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohamad Zainal berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek pertama negatif dadah manakala suspek kedua positif dadah selain mempunyai satu rekod kesalahan lampau.
Katanya kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA