awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan dua kanak-kanak disyaki didera, dikurung dalam rumah

Bernama
Bernama
11/10/2024
09:48 MYT
Polis selamatkan dua kanak-kanak disyaki didera, dikurung dalam rumah
Mohd Azam berkata kanak-kanak berusia setahun dan enam tahun itu dipercayai ditinggalkan ibu mereka yang keluar rumah selama dua hari kerana urusan peribadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang disyaki didera dan dikurung di dalam sebuah rumah di Taman Kosas, Ampang dekat sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kanak-kanak berusia setahun dan enam tahun itu dipercayai ditinggalkan ibu mereka yang keluar rumah selama dua hari kerana urusan peribadi.
"Pemeriksaan kesihatan di Hospital Ampang mendapati terdapat kesan parut lama dan baharu di seluruh badan mangsa. Kanak-kanak terbabit masih menerima rawatan lanjut (di Hospital Ampang)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, Mohd Azam berkata pihaknya menahan ibu mangsa di kawasan Pudu dekat sini pada Rabu lepas.
Mohd Azam berkata semakan mendapati wanita berumur 41 tahun yang bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur itu mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.
"Wanita berkenaan direman tujuh hari hingga 16 Okt ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)/33 Akta Kanak-kanak 2001 merujuk kepada penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis selamatkan kanak-kanak
#Polis Daerah Ampang
#kanak-kanak didera
#kanak-kanak dikurung
#ditinggalkan ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan