MALAYSIA
Polis selamatkan remaja dipaksa jadi ahli sindiket penipuan seks dalam talian
Kumar berkata sindiket seterusnya mengugut akan menyebarkan rakaman video lucah mangsa, sekiranya mangsa tidak mahu membuat pemindahan wang. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menyelamatkan remaja lelaki dan perempuan tempatan berusia 15 dan 16 tahun, yang dipercayai didera secara seksual serta dipaksa bekerja sebagai ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan dalam talian, menerusi Ops Bugil yang dijalankan di sekitar daerah ini dan Kulai pada 20 Jun sehingga 1 Julai.
Ketua Polis Johor Datuk M.Kumar berkata turut diselamatkan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun, yang merupakan mangsa pemerasan sindiket penipuan seks berkenaan.
Beliau berkata seramai tujuh lelaki dan dua wanita tempatan berusia 17 hingga 50 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket itu juga ditahan, dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Johor dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Kulai itu.
Kumar berkata hasil siasatan mendapati, sindiket beroperasi sejak November tahun lepas itu merekrut warga tempatan termasuk mereka yang dibawah umur sebagai scammer, dengan gaji antara RM2,200 hingga RM4,000 sebulan serta ditawarkan bekerja dengan sindiket luar negara termasuk di Laos, dengan gaji yang lebih lumayan sekitar US$2,500.
"Mangsa direkrut bagi tujuan sindiket penipuan seks secara dalam talian, dengan sindiket mencipta akaun media sosial palsu untuk melakukan pemerasan dan mangsa akan didera jika enggan bekerja termasuk dipukul.
"Mangsa juga dikurung, dipaksa makan cili serta didera secara seksual termasuk dibogelkan dan kesemua tindakan ini dirakam bagi tujuan ugutan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa dipaksa bekerja 12 jam sehari dengan hanya cuti sehari selepas dua minggu, serta perlu tidur di tempat kerja dan dilarang keluar kecuali pada hari cuti yang ditetapkan, manakala kad pengenalan dan telefon bimbit mereka turut dirampas.
"Selain itu, mangsa turut diugut dengan bayaran sebanyak RM30,000 sekiranya ingin berhenti kerja dan dilarang membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu Kumar berkata sindiket tersebut menjalankan kegiatan penipuan dengan menggunakan wanita, untuk menyamar dan memujuk mangsa membuat panggilan video lucah di media sosial dan seterusnya menggodam telefon bimbit mangsa yang terperdaya, selepas menekan pautan yang diberi.
"Sindiket ini akan menghantar pautan pada telefon bimbit mangsa dan apabila mangsa menekannya, sindiket boleh mengakses senarai kenalan dan galeri gambar di telefon bimbit itu," katanya.
Beliau berkata sindiket seterusnya mengugut akan menyebarkan rakaman video lucah mangsa, sekiranya mangsa tidak mahu membuat pemindahan wang.
Kumar berkata pihaknya turut merampas 27 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dokumen diri, tiket kapal terbang, resit tukaran duit, sejumlah wang tunai, sebuah komputer riba, 49 sim kad, buku pekerjaan serta alat kawalan jauh dan kenderaan menerusi operasi itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (1) (o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), Seksyen 12 (1) (F) Akta Pasport 1966, Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 15 (f) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, Seksyen 14 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
-- BERNAMA