awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa

Bernama
Bernama
13/06/2024
10:52 MYT
Polis selamatkan tiga lelaki mangsa eksploitasi buruh paksa
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
BUKIT MERTAJAM: Polis menyelamatkan tiga lelaki disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah kilang memproses fucuk menerusi Ops Pintas Mega di Kawasan Perindustrian Juru di sini, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata kesemuanya merupakan warga asing yang disyaki orang diperdagangkan.
"Betul kita (polis) ada selamatkan tiga lelaki yang dijadikan buruh paksaan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.
Operasi selama enam jam bermula 2 petang itu disertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) selain anggota Jabatan Tenaga Kerja, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun itu dipercayai dipaksa bekerja sejak tiga bulan lepas dengan melakukan kerja memproses fucuk di kilang itu sembilan jam setiap hari.
Difahamkan, mereka diberi amaran oleh majikan agar tidak keluar dari kawasan kilang untuk mengelak diberkas pihak berkuasa dan dipercayai akur demi mendapatkan upah bulanan.
Dalam serbuan itu, sembilan warga asing termasuk empat wanita berusia 25 hingga 42 tahun yang disyaki pekerja premis turut ditahan selain seorang lelaki berusia 66 tahun yang juga majikan kilang.
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD SPT untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buruh paksa
#mangsa eksploitasi
#kilang memproses fucuk
#Ops Pintas Mega
#Kawasan Perindustrian Juru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan