awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Selangor rekod 258,345 penyelesaian saman trafik bernilai lebih RM19 juta

Bernama
Bernama
31/12/2025
02:10 MYT
Polis Selangor rekod 258,345 penyelesaian saman trafik bernilai lebih RM19 juta
Shazeli merakamkan penghargaan atas komitmen orang ramai dalam menjelaskan tunggakan saman masing-masing. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor berjaya merekodkan sebanyak 258,345 penyelesaian saman trafik dengan nilai kutipan keseluruhan mencecah RM19.5 juta sepanjang dua bulan pelaksanaan Program Pengurangan Saman PDRM 70 peratus bermula 1 Nov lepas hingga semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ia merangkumi 125,759 saman POL 257 (RM11,491,650) dan 132,586 saman POL 170A (RM8,019,700) dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mencatatkan kutipan tertinggi sebanyak RM2.7 juta, diikuti IPD Petaling Jaya (RM2.1 juta) dan IPD Kajang (RM1.7 juta).
"PDRM Selangor melihat satu trend positif iaitu penggunaan teknologi digital semakin diterima rakyat. Walaupun pembayaran secara tunai masih tinggi dengan kutipan RM10,059,470, kaedah e-pembayaran menunjukkan angka yang sangat signifikan iaitu sebanyak RM9,451,880.
"Hal ini membuktikan bahawa masyarakat kini lebih cenderung terhadap urusan yang pantas dan efisien selaras dengan transformasi digital negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen orang ramai dalam menjelaskan tunggakan saman masing-masing.
"Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, tetapi juga pemangkin kepada tahap kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya yang lebih tinggi demi kesejahteraan semua pengguna di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM Selangor
#saman trafik
#Program Pengurangan Saman
#Shazeli Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan