SUNGAI BULOH: Polis berjaya menyelesaikan 11 kes curi lori melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM605,000 apabila menahan 10 anggota 'Geng Esvaran' di Negeri Sembilan dan Johor, dalam operasi pada 5 hingga 10 April lepas.
Kesemua lelaki tempatan berumur lingkungan 28 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi Op Lejang Lori.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata sindiket itu didalangi seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang merancang dan mengupah tiga individu lain untuk mencuri lori di sekitar Selangor.
Beliau berkata bertindak atas maklumat dan hasil risikan, polis menahan tiga lelaki di Plaza Tol Senawang, Seremban dan hasil soal-siasat membawa polis ke bengkel di Tongkang Pechah, Batu Pahat dan menahan enam lelaki dan seorang wanita.
"Modus operandi sindiket ini adalah curi lori di Selangor kemudian dijual kepada 'orang tengah' yang dipertanggungjawab untuk menghantar ke sebuah bengkel di Tongkang Pechah sebelum ia dileraikan suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, kadar upah 'orang tengah' untuk setiap penghantaran lori adalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000.
Arjunaidi berkata menerusi serbuan di bengkel itu, polis merampas 20 lori yang komponennya dileraikan serta sembilan enjin dikikis nombor enjin dan nombor casisnya, dipercayai untuk dijual sebagai alat ganti.
"Selain itu, polis turut merampas sebuah lori yang belum dileraikan di sebuah premis berlainan di Jalan Kluang, Batu Pahat," katanya.
Arjunaidi berkata hasil goresan terhadap enjin dan komponen lori mendapati lori-lori yang dicuri itu melibatkan tujuh laporan kehilangan dibuat di Selangor.
"Empat daripada 10 suspek yang ditahan memiliki rekod lampau berkait jenayah serta dadah dan polis masih mengesan dua lagi suspek kes ini iaitu lelaki dikenali sebagai Sivakumar yang bertindak sebagai 'orang tengah' dan seorang warga Bangladesh dikenali sebagai Aktakur@Panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
Polis merampas 20 lori yang komponennya dileraikan serta sembilan enjin dikikis nombor enjin dan nombor casisnya, dipercayai untuk dijual sebagai alat ganti. -Bernama
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis selesai 11 kes curi lori
Polis berjaya menyelesaikan 11 kes curi lori melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM605,000 apabila menahan 10 anggota 'Geng Esvaran' di Negeri Sembilan dan Johor.