MALAYSIA
Polis selesai siasatan kes kematian Zara Qairina - Saifuddin Nasution
SAIFUDDIN NASUTION: Siasatan dah siap, saya ingat paling lewat minggu depan pihak polis akan serahkan (kertas siasatan) kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. -Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata kira-kira 60 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Siasatan dah siap, saya ingat paling lewat minggu depan pihak polis akan serahkan (kertas siasatan) kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan Pelatih Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).
Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan dijumpai tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai dan kes kematian pelajar berkenaan tular serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun sebelum ini dilaporkan berkata siasatan polis menjurus kepada dua elemen utama iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa.
Saifuddin Nasution dalam pada itu berkata pihaknya komited mempersiapkan kelengkapan logistik bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhadapan ancaman di kawasan perairan antaranya dengan meneruskan projek pembinaan dua lagi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV).
Selain itu, APMM juga dalam proses membawa pulang kapal Ex-United States Coast Guard Cutter (Ex-USCGC) dari Amerika Syarikat yang dijangka tiba November depan.
"Dengan kelengkapan ini, saya percaya boleh menaikkan moral pasukan selain meningkatkan keberkesanan fungsi kawalan, rondaan dan pemeriksaan," katanya.
Pada majlis berkenaan sebanyak 68 pegawai dan 186 anggota telah berjaya menamatkan latihan asas selama 10 bulan bagi melayakkan mereka menjadi warga APMM.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan kertas siasatan kes kematian Zara Qairina telah siap dan akan diserah kepada AGC untuk tindakan lanjut.
Pada masa sama, Mohd Khalid meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat berkaitan kes itu dan mengelak dari membuat sebarang komen atau spekulasi.
"CP (Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun) sentiasa memberikan maklumat terbaru dan tertentu supaya tidak dipesongkan maklumat yang ingin memburukkan pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis selesai siasatan kes kematian Zara Qairina, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
- Kira-kira 60 saksi telah dipanggil, siasatan fokus kepada punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa.
- Saifuddin Nasution umum penambahan aset APMM termasuk dua kapal OPV dan kapal Ex-USCGC dari AS.
Beliau berkata kira-kira 60 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Siasatan dah siap, saya ingat paling lewat minggu depan pihak polis akan serahkan (kertas siasatan) kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024 dan Pelatih Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).
Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan dijumpai tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai dan kes kematian pelajar berkenaan tular serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun sebelum ini dilaporkan berkata siasatan polis menjurus kepada dua elemen utama iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa.
Saifuddin Nasution dalam pada itu berkata pihaknya komited mempersiapkan kelengkapan logistik bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhadapan ancaman di kawasan perairan antaranya dengan meneruskan projek pembinaan dua lagi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV).
Selain itu, APMM juga dalam proses membawa pulang kapal Ex-United States Coast Guard Cutter (Ex-USCGC) dari Amerika Syarikat yang dijangka tiba November depan.
"Dengan kelengkapan ini, saya percaya boleh menaikkan moral pasukan selain meningkatkan keberkesanan fungsi kawalan, rondaan dan pemeriksaan," katanya.
Pada majlis berkenaan sebanyak 68 pegawai dan 186 anggota telah berjaya menamatkan latihan asas selama 10 bulan bagi melayakkan mereka menjadi warga APMM.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan kertas siasatan kes kematian Zara Qairina telah siap dan akan diserah kepada AGC untuk tindakan lanjut.
Pada masa sama, Mohd Khalid meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat berkaitan kes itu dan mengelak dari membuat sebarang komen atau spekulasi.
"CP (Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun) sentiasa memberikan maklumat terbaru dan tertentu supaya tidak dipesongkan maklumat yang ingin memburukkan pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
-- BERNAMA

#Saifuddin Nasution
#Zara Qairina Mahathir
#kematian pelajar tingkatan satu
#terjatuh dari tingkat tiga