awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu 11 premis termasuk medan selera disyaki terlibat aktiviti pelacuran

Bernama
Bernama
17/03/2024
14:54 MYT
Polis serbu 11 premis termasuk medan selera disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Noor Dellhan berkata premis berkenaan melibatkan tujuh rumah urut dan masing-masing dua premis pelacuran serta medan selera. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menahan 47 individu termasuk 39 warga asing dalam serbuan terhadap 11 premis disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua ditahan dalam Op Noda bermula 2.50 petang hingga 11 malam itu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita tempatan serta 14 lelaki dan 25 wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.
Beliau berkata premis berkenaan melibatkan tujuh rumah urut dan masing-masing dua premis pelacuran serta medan selera.
"Beberapa barangan turut dirampas dalam operasi itu antaranya 20 kalung bunga, minyak urut, tujuh keping iklan pakej urutan, telefon bimbit dan wang tunai RM4,730," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata siasatan awal mendapati modus operandi premis terbabit adalah menyediakan kalungan bunga kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.
"Pelanggan akan membayar harga tertentu sebelum membawa keluar wanita warga asing bagi tujuan perkhimatan seks," katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan lanjut
#warga asing
#premis pelacuran
#op noda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan