Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum Bersih 5

Astro Awani
November 18, 2016 08:14 MYT
Menurut Sekreteriat Bersih, Mandeep Singh Karpal serbuan dilakukan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan. - Gambar fail
Polis hari ini telah melakukan satu serbuan di ibu pejabat Bersih yang terletak di Petaling Jaya sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.
Situasi ini dikongsi oleh Sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal menerusi satu perkongsian di Twitter.
“Bukit Aman di pejabat kami untuk merampas barang kami.
“Rampasan ini dilakukan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan,” katanya di Twitter.

Bukit Aman in our office. Want to rampas all our barang. Its a raid under 124C

— Mandeep Singh (@mandeepkarpall) November 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat jam 4 petang, usaha Astro AWANI untuk menghubungi Mandeep untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak berjaya.
Usaha untuk menghubungi Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin juga gagal buat masa ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Bersih 5.Bersih #Mandeep Singh #Maria Chin #serbuan