awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu port kaki judi di ambang Deepavali

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2014
03:34 MYT
Polis serbu port kaki judi di ambang Deepavali
Ketika serbuan polis, kaki judi ini sedang leka bermain permainan judi berkomputer di deretan rumah kedai yang terletak di pekan Gurun.
Di kala kalangan beragama Hindu lain berkumpul bersama ahli keluarga sibuk dengan persiapan menyambut Deepavali, lain pula terjadi kepada seorang kaki judi ini apabila dicekup dalam operasi dadu malam tadi.
Ketika serbuan polis, kaki judi ini sedang leka bermain permainan judi berkomputer di deretan rumah kedai yang terletak di pekan Gurun.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Risikan Operasi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Pemangku Superintendan Nor Omar Sappi, operasi malam tadi bermula serentak di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan Kota Setar.
Dalam operasi yang bermula jam 6 petang sehingga 10 malam itu, 19 kafe siber judi diserbu Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), di mana lapan daripadanya didapati melakukan kesalahan.
Dalam serbuan itu juga, polis menahan 21 orang serta merampas 117 unit komputer, termasuk wang tunai bernilai RM2,696.
Anggaran nilai keseluruhan rampasan ialah RM117,000.
Kesemua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis di tiga daerah terlibat untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Topic Berkaitan
#D7
#jsj
#judi
#Kota Setar
#kuala muda
#Kulim
#polis
#Seksyen 4A (a)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan