awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu premis lombong bitcoin haram di Teluk Intan

Bernama
Bernama
06/11/2025
08:59 MYT
Polis serbu premis lombong bitcoin haram di Teluk Intan
Hasil pemeriksaan pasukan TNB mengesahkan wujud penyambungan elektrik secara haram yang digunakan bagi tujuan perlombongan mata wang digital. - IPD Hilir Perak
IPOH: Polis berjaya menumpaskan kegiatan perlombongan bitcoin secara haram dalam serbuan di sebuah premis di Taman Lagenda, dekat Teluk Intan semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata operasi bersepadu dari 2 hingga 6.30 petang itu dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).
"Hasil pemeriksaan pasukan TNB mengesahkan wujud penyambungan elektrik secara haram yang digunakan bagi tujuan perlombongan mata wang digital.
"Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa bilik dalam premis berkenaan telah diubah suai menjadi bilik khas menempatkan mesin perlombongan bitcoin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bakri berkata turut dirampas 66 unit mesin perlombongan bitcoin, beberapa modem serta peralatan sokongan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan pemilik premis serta individu yang terlibat sedang dikenal pasti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong bitcoin haram
#Teluk Intan
#polis
#penyambungan elektrik haram
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan