awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi

Bernama
Bernama
30/05/2024
14:04 MYT
Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi
M Kumar berkata, serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah. - Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan keluarga yang disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini, semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Gangsterism (D7) membuat serbuan itu, pada 8.25 malam.
Beliau berkata serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini pada hari yang sama.
"Hasil pemeriksaan kita telah merampas mesin dan pelbagai jenis peralatan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan itu termasuk lesen perniagaan serta iklan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), lapan kad jadual kerja, satu mesin 'punch card' dan satu buku catatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata nilai rampasan dianggarkan RM75,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Tindakan 'total enforcement' ke atas kegiatan perjudian tanpa lesen akan terus dipergiat melibatkan semua elemen termasuk pemotongan bekalan tenaga elektrik di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Sebarang maklumat berkaitan kegiatan judi tanpa lesen atau pun jenayah boleh disalurkan menerusi talian hotline Polis Johor di 019-2792095 atau melalui Bilik Gerakan di 07-221299," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#mesin judi
#Johor
#M Kumar
#polis
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan