awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu pusat panggilan ‘love scam’ sasar warga Jepun, tahan 13 individu

Bernama
Bernama
11/11/2025
07:45 MYT
Polis serbu pusat panggilan ‘love scam’ sasar warga Jepun, tahan 13 individu
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Polis percaya berjaya melumpuhkan sebuah pusat panggilan dipercayai bagi kegiatan love scam atau penipuan cinta selepas menyerbu sebuah rumah di Kajang, Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Polis Selangor berhasil menumpaskan pusat panggilan love scam di Kajang dengan menahan 13 warga asing, termasuk 11 lelaki dan dua wanita.
  • Sindiket penipuan cinta ini menggunakan akaun media sosial palsu di Instagram dan Line untuk menarik perhatian mangsa di Jepun sejak tiga bulan lalu.
  • Selain komunikasi dengan mangsa, sindiket juga menggunakan platform Telegram dan Signal untuk urusan kewangan dalaman; kesemua individu terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata hasil serbuan itu, pihaknya menahan 13 warga asing terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terlibat dalam penipuan berkenaan menyasarkan mangsa di Jepun menerusi akaun media sosial seperti Instagram dan Line dengan menggunakan akaun identiti palsu.
"Sindiket dipercayai beroperasi sejak kira-kira tiga bulan dengan setiap ahli diarahkan membuat hantaran menerusi media sosial bagi menunjukkan akaun berkenaan aktif dan tulen.
"Setelah berjaya menarik perhatian mangsa, ahli sindiket mula berkomunikasi dengan mangsa dan menghantar mesej kepada mereka untuk mendapatkan nombor telefon peribadi, akaun media sosial Line, Instagram dan lain-lain," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata sindiket berkenaan juga mempunyai bahagian kewangan yang diuruskan oleh ahli sindiket lain menggunakan platform Telegram dan Signal sebagai medium komunikasi dalaman.
Beliau berkata polis turut merampas 11 telefon bimbit dan komputer riba manakala kesemua individu terbabit kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#love scam
#Polis Selangor
#serbuan di Kajang
#Pusat Panggilan
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan