awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu pusat panggilan promosi judi dalam talian, tahan 13 individu

Bernama
Bernama
30/07/2025
01:50 MYT
Polis serbu pusat panggilan promosi judi dalam talian, tahan 13 individu
Polis menyerbu pusat panggilan dipercayai mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik premis pejabat di tingkat 23 sebuah bangunan di Jalan Kia Peng, di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pusat panggilan dipercayai mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik premis pejabat di tingkat 23 sebuah bangunan di Jalan Kia Peng, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, dalam serbuan yang bermula pada 1 tengah hari itu, pihaknya menahan 13 individu masing-masing lapan lelaki dan tiga wanita warga tempatan serta dua lelaki warga China.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis itu berfungsi sebagai pusat panggilan judi dalam talian yang menyasarkan pasaran di Indonesia dan mengupah pekerja dengan bayaran antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.
Kelicikan sindiket itu berjaya dihidu pihak polis menerusi Op Dadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Dalam operasi itu, polis merampas pelbagai barangan antaranya 14 set komputer, dua komputer riba, dua kad akses, dua unit modem Wi-Fi, satu router dan satu mesin tandatangan kehadiran," katanya kepada kepada Bernama.
Mohamed Usuf Jan berkata, sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak awal April lepas dengan waktu operasi bermula dari 11 pagi hingga 8 malam setiap hari.
"Kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Permohonan reman akan dibuat hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#Pusat Panggilan
#Jalan Kia Peng
#aktiviti perjudian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan