MALAYSIA
Polis serbu rumah teres, rampas 115.09kg dadah bernilai RM11.40 juta
Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 115.09 kilogram (kg) bernilai RM11.4 juta, menerusi serbuan di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Taman Bukit Indah dekat Iskandar Puteri pada 3 Nov.
Ringkasan AI
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata operasi yang dijalankan selama dua hari oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu, turut menahan penjaga stor lelaki tempatan berusia 55 tahun.
Beliau berkata modus operandi sindiket adalah dengan menyewa rumah teres yang berpagar dan berkawal bagi mengaburi kegiatan terlarang itu.
"Hasil siasatan, stor tersebut juga dipercayai digunakan untuk memproses dadah serbuk kepada cecair," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata dadah yang dirampas terdiri daripada 25.24kg pil ekstasi, 23.10kg syabu, 22.43kg serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA), 13.40kg ketamin, 11.51kg ekstasi, 19.41kg pil erimin 5 dan pelbagai peralatan memproses.
"Sebuah kereta Toyota Vios dan wang tunai RM10,000 turut disita dalam serbuan," katanya.
Ab Rahaman berkata pihaknya sedang giat mengesan dalang dan ahli sindiket berkenaan, yang dipercayai telah aktif mengedar sejak Julai lepas.
"Kita percaya sindiket ini ada rangkaian untuk mengambil bekalan dadah di dalam negara, sebelum diedar untuk pasaran tempatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata penjaga stor yang mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau, dadah dan trafik itu, direman selama tujuh hari bermula semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Johor merampas dadah bernilai RM11.4 juta seberat 115.09kg di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, melalui serbuan yang turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.
- Modus operandi sindiket adalah menyewa rumah berpagar untuk menyembunyikan aktiviti haram, dengan stor tersebut dipercayai digunakan untuk memproses dadah serbuk menjadi cecair.
- Polis terus mengesan dalang dan ahli sindiket yang juga disyaki mengedar dadah sejak Julai lalu serta penjaga stor tersebut direman selama tujuh hari bermula semalam.