MALAYSIA
Polis serbu rumah teres, rampas dadah 439 kilogram bernilai hampir RM18 juta
Hussein Omar Khan berkata, serbuan pada 29 Julai lalu di Taman Sri Hartamas itu dianggap sebagai rampasan terbesar dilakukan setakat ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar sindiket pengedaran syabu dan ketamin selepas merampas seberat 439 kilogram dadah dianggar bernilai RM17.78 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pada 29 Julai lalu di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur itu dipercayai sebagai rampasan terbesar dilakukan setakat ini.
Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang berperanan sebagai koordinator dengan menerima imbuhan sekitar RM7,000 itu ditahan dalam operasi dijalankan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
Pemeriksaan lanjut ke atas rumah teres itu menemui 225 bungkusan plastik berisi syabu dengan anggaran berat 234 kilogram dan 200 paket mengandungi dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 205.7 kilogram.
“Kita percaya dadah ini baru sampai dari negara jiran untuk diedarkan kepada pasaran tempatan dan kemungkinan juga untuk Sabah dan Sarawak, termasuk mungkin ke negara jiran.
“Suspek ini telah buat 10 kali penghantaran dadah berpandukan soal siasat, ini kali ke-11, sebelum ini dia buat kecil-kecilan dengan beberapa kilogram, ini yang terbesar yang lelaki ini lakukan,” katanya
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.
Menerusi serbuan ini, polis turut menyita pelbagai jenis aset bernilai RM93,350.
Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan senjata itu direman enam hari bermula 30 Julai lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kes lain, Hussein berkata, polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ganja dengan penahanan empat individu termasuk tiga warga Vietnam di sebuah pangsapuri di Taman Kuchai Entreprenuers, Selasa lepas.
Beliau berkata serbuan pada 12 tengah hari itu menemukan lapan kotak berisi 91 bungkusan plastik lut sinar berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 42.3 kg.
"Modus operandi sindiket ini ialah menggunakan pangsapuri berkenaan sebagai stor simpanan sebelum dadah diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.
"Suspek berusia 26 hingga 30 tahun terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang lelaki dan dua wanita Vietnam kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.