awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta

Bernama
Bernama
27/12/2024
04:15 MYT
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Sebanyak 353,400 unit barang kes dilupuskan membabitkan 336 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2016 hingga 2023. - Gambar/ Bernama
SERDANG: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata ia terdiri 353,400 unit barang kes membabitkan 336 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2016 hingga 2023.
"Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 168 unit komputer riba, 59 unit tablet, 32 modem dan router, 14 mesin simulator dan 612 lain-lain unit barang kes manakala barangan kontraban pula terdiri 352,515 kotak pelbagai jenama rokok," katanya.
Beliau berkata demikian pada pada sidang media berhubung pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini yang turut dihadiri Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Noor Ruzilawati Mohd Nor.
Anbalagan berkata pelupusan itu dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
"Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes yang mendatang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Serdang
#barang kes
#pelupusan barang kes
#mesin judi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan