awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat Abdul Hadi berhubung kenyataan berbaur perkauman

Bernama
Bernama
28/08/2022
14:58 MYT
Polis siasat Abdul Hadi berhubung kenyataan berbaur perkauman
Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Siasatan terhadap Abdul Hadi dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan setakat ini sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.
"PDRM juga menyeru orang ramai untuk lebih prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#kenyataan perkauman
#Rasuah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan