awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki

Bernama
Bernama
09/08/2021
15:34 MYT
Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki
Shafien berkata kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional. - BERNAMA
TUMPAT: Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan' dan santau yang kini tular di media sosial.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berasal dari Kangar, Perlis dan datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional.
"Berdasarkan laporan, kejadian pukul berlaku pada 4 Ogos lalu apabila pengadu (mangsa) telah pergi ke sebuah rumah inap desa di Kubang Kerian untuk berjumpa dengan empat lelaki.
"Semasa berada di rumah tersebut kira-kira pukul 9.45 malam mangsa telah dipukul oleh kumpulan lelaki itu dengan menggunakan batang plastik dan penyangkut baju kerana tidak berpuas hati dengan cara mangsa menjalankan pengubatan yang didakwa salah," katanya ketika ditemui di Program Outreach Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mandol, di sini hari ini.
Shafien berkata mangsa hanya mengalami cedera ringan iaitu lebam di mata kiri dan calar di muka namun mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana menghidap penyakit lain.
"Susulan kejadian itu dan laporan yang diterima pada 6 Ogos (Jumaat) oleh mangsa, polis telah menahan enam lelaki berumur 32 hingga 42 tahun yang datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu," katanya.
Shafien berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#tradisional
#IPD
#Kanun Keseksaan
#bomoh
#sihir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan