awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan 'Ah Long' bakar lantai rumah di Skudai

Bernama
Bernama
09/12/2025
00:50 MYT
Polis siasat dakwaan 'Ah Long' bakar lantai rumah di Skudai
Pengadu memaklumkan menyedari lantai luar rumahnya terbakar selain menemui serpihan kaca serta satu nota yang dipercayai dilempar suspek.
JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lepas, yang dipercayai angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Azrol Anuar Nor berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun pada 8.01 pagi, hari yang sama.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4.18 pagi. Pengadu memaklumkan menyedari lantai luar rumahnya terbakar selain menemui serpihan kaca serta satu nota yang dipercayai dilempar suspek," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Azrol Anuar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya segera dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-556 3122.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ah Long
#kebakaran
#lantai rumah
#Azrol Anuar Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan