awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan aktivis, keluarga pelarian Myanmar diculik

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2023
09:36 MYT
Polis siasat dakwaan aktivis, keluarga pelarian Myanmar diculik
Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis ada menerima laporan berkaitan kes itu. - Gambar fail
SHAH ALAM : Polis menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) orang hilang berhubung kes seorang aktivis pelarian Myanmar dan keluarganya yang didakwa diculik beberapa lelaki di kediaman mereka di Ampang Jaya, pada 4 Julai lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis ada menerima laporan berkaitan kes itu.
"Siasatan dibuka bawah KEP Orang Hilang,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Isnin, media melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkaitan hak manusia, Human Rights Watch (HRW), mendedahkan Thuzar Maung, suami serta tiga anak mereka diculik kira-kira jam 4.30 pagi.
Kejadian melibatkan Thuzar, 46; suaminya, Saw Than Tin Win, 43; anak perempuan, Poeh Khing Maung, 16 serta dua anak lelakinya, Aung Myint Maung, 21, dan Thukha Maung, 17.
Pengarah HRW Asia, Elaine Pearson berkata, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan terdapat keterangan saksi.
Menurutnya, HRW bimbang dengan keselamatan Thuzar dan keluarganya yang diculik dalam operasi terancang.
Ujarnya, kerajaan Malaysia perlu bertindak segera mencari keluarga itu dan memastikan keselamatan mereka.
Thuzar melarikan diri dari Myanmar pada 2015 sebelum dia dan keluarganya diiktiraf Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian di Malaysia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelarian Myanmar
#kes culik
#Hussein Omar Khan
#Human Rights Watch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan