awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2025
10:30 MYT
Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu
Along Cham sebelum ini mendakwa isterinya itu menyeleweng sumbangan awam hampir RM100,000 yang diterima daripada rakan-rakan artis.- Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat berhubung laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan dibuat wanita terbabit di Kajang, Selangor.
“Wanita itu buat laporan mendakwa ditipu seseorang.
“Kes berkenaan sedang disiasat polis,” katanya pada Rabu.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Afreena tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.
Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat.
Terdahulu, media melaporkan, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya itu menyeleweng sumbangan awam hampir RM100,000 yang diterima daripada rakan-rakan artis. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#isteri Along Cham
#kes penipuan dana
#Afreena Suhaimi
#Ramli Mohamed Yoosuf
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan