[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Polis siasat dakwaan kerja korek tanah punca kebakaran saluran gas

Bernama 01/04/2025 | 14:51 MYT
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata JBPM serta Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat dakwaan punca kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor disebabkan oleh kerja mengorek di tanah rizab Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan.
Beliau berkata siasatan akan bermula esok kerana fokus hari ini lebih kepada usaha memadam kebakaran dan menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.
"Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlakunya kerja korek tanah di situ sehingga menyebabkan kebakaran.
"Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada berlaku, kita nak tahu siapa yang melakukan kerja-kerja mengorek itu," katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Subang Jaya hari ini.
Terdahulu, Petronas mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd pada pukul 8.10 pagi tadi.
-- BERNAMA
#Polis siasat #kebakaran paip gas #Putra Heights #korek tanah