awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2024
05:49 MYT
Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad ketika mangsa membuat laporan kepada warden berhubung tindakan dua beradik itu yang keluar asrama melalui lubang longkang di belakang asrama. -Gambar hiasan
SANDAKAN: Polis daerah ini mengesahkan ada menerima laporan berhubung dakwaan pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini menjadi mangsa buli dan diugut bunuh oleh dua beradik yang juga pelajar sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam Isnin berhubung kes tersebut.
"Laporan polis ada diterima malam semalam oleh pihak sekolah.
"Setakat ini kes masih dalam siasatan kami di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, Sinar Harian pada Isnin melaporkan dua pelajar tersebut dibuli dan diugut oleh suspek yang masing-masing pelajar Tingkatan Dua dan Lima dengan mengancam mangsa menggunakan besi katil patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.
Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad ketika mangsa membuat laporan kepada warden berhubung tindakan dua beradik itu yang keluar asrama melalui lubang longkang di belakang asrama. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mangsa buli
#Sandakan
#ugut bunuh
#Seksyen 506 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan