awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan lelaki meninggal tepi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2021
22:30 MYT
Polis siasat dakwaan lelaki meninggal tepi jalan
Seorang pengawal keselamatan telah dirakam keterangan berhubung kejadian seorang lelaki didakwa meninggal dunia di tepi jalan kerana strok haba yang tular di media sosial. -Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan telah dirakam keterangan berhubung kejadian seorang lelaki didakwa meninggal dunia di tepi jalan kerana strok haba yang tular di media sosial di kawasan Ara Damansara, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
"Berkaitan video tersebut, pihak polis telah mengambil keterangan pengawal keselamatan warga tempatan yang dilihat mengheret keluar warga emas berkenaan.
"Siasatan masih dijalankan berkaitan kes, sama ada mangsa sudah meninggal dunia atau tidak ketika diheret keluar," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat serta laporan toksikologi sebelum sebarang kesimpulan siasatan kes ini dibuat.
Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki diheret keluar di tepi jalan didakwa berlaku di pos pengawal di sebuah kawasan kediaman.
Kejadian tersebut kemudiannya menimbulkan kecaman netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakan berkenaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#strok haba
#Ara Damansara
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan