KOTA BHARU: Polis Kelantan menyiasat aduan saksi berkaitan pembabitan aktiviti lumba haram hingga menyebabkan berlaku nahas yang meragut nyawa seorang ibu hamil dengan bayi dalam kandungan ‘terkeluar’ melalui salur peranakan pada nahas tragis di Pasir Mas Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan keterangan saksi, terdapat sekumpulan remaja berlumba motosikal sebelum nahas berlaku.
“Saksi di tempat kejadian tampil mengatakan bahawa ada sekumpulan remaja yang berlumba termasuk dua motosikal lain daripada kumpulan itu melarikan diri selepas kemalangan berlaku.
“Motosikal yang ditunggang remaja berusia 18 tahun dalam keadaan laju itu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa hingga bayi dalam kandunganya terkeluar menerusi salur peranakan akibat hentakan kuat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejohanan Karnival Sukan Piala Ketua Polis Negara di Dewan Sri Sebelas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) PGA Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.
Acara penutup dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan bayi lelaki yang terkeluar daripada kandungan ibunya selepas terbabit nahas dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas meninggal dunia selepas lima jam bertarung nyawa akibat kemalangan jam 7 malam itu.
Ibu empat anak terbabit, Nur Hasliza Yazaib, 25, maut di lokasi kejadian manakala remaja berkenaan pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
Anak kedua mangsa, Nurul Iman Maisara, 6, cedera parah di kepala dan ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan.
Ujar Shafien, remaja terbabit sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac depan namun turut meninggal dunia akibat tercampak ke kawasan bendang dalam kemalangan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR milik abang rakannya itu.
“Polis mengalu-alukan saksi lain untuk tampil bagi melengkapkan siasatan terutama terhadap dua penunggang yang dikatakan melarikan diri.
“Pada masa sama, polis meneruskan pemantauan di lokasi-lokasi lumba haram yang dikenalpasti di seluruh daerah di negeri ini termasuk tumpuan di Kota Bharu biarpun kejadian kemalangan itu bukan di lokasi panas perlumbaan haram,” katanya.
Dalam perkembangan acara sukan berkenaan, katanya, disertai 250 anggota dan pegawai daripada 12 kontinjen di seluruh negara.
“Acara yang dipertandingkan adalah sukan dart, catur, karom dan e-Sports dengan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 20 2022
Kemalangan maut yang meragut nyawa seorang ibu hamil dengan bayi dalam kandungan terkeluar melalui salur peranakan pada nahas tragis di Pasir Mas Jumaat lalu. - Foto fail/Astro AWANI
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.
Polis P.Pinang sita 76 motosikal, keluar 297 saman dalam operasi Samseng Jalanan
Polis Pulau Pinang menyita 50 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan kerap mat rempit berlumba haram di sekitar negeri itu, semalam.
Polis cekup dua lelaki, rampas motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menahan dua lelaki selain merampas sebuah motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kota Masai, pada Sabtu.
Aksi 'Superman', langgar lampu merah, remaja lelaki maut rempuh kereta
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas.
Tambah baik prosedur, hukuman babit 'mat rempit' - Ketua Polis Pulau Pinang
Penambahan prosedur dan hukuman yang menyeluruh melibatkan kegiatan samseng jalanan di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.
Op Samseng Jalanan: Polis sita 14 motosikal, tahan dua remaja
Polis menyita 14 motosikal dan menahan dua remaja lelaki dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan lumba haram di daerah Barat Daya, sejak Jumaat hingga semalam.
Remaja maut, seorang lagi cedera parah kemalangan ketika berlumba haram
Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan ketika dipercayai berlumba haram di Persiaran Raja Muda Musa, Klang awal pagi ini.
Polis tahan dua mekanik berlumba di lebuh raya DASH
Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta.
Lumba haram: Penunggang maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan
Mangsa, seorang lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.