MALAYSIA
Polis siasat dakwaan model Rusia jadi mangsa kata-kata lucah
Tangkap layar video yang tular dan laporan polis yang dimuat naik wanita warga Rusia terbabit di akaun media sosial miliknya.
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh seorang model warga Rusia yang mendakwa menjadi mangsa kata-kata berbaur lucah ketika sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan berkenaan dibuat oleh mangsa di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat.
“Semakan awal mendapati laporan itu berkaitan video di aplikasi TikTok yang didakwa memalukan pengadu dengan perkataan berbaur lucah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),” katanya pada Sabtu.
Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Terdahulu, model warga Rusia, Alisa Kasimova, 26, membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa kata-kata berbaur lucah daripada seorang pempengaruh tempatan ketika sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang.
Difahamkan, laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat.
Rakaman kejadian tersebut turut tular di media sosial.
Alisa berkata, laporan dibuat selepas menerima nasihat dan pandangan daripada individu di sekelilingnya yang bimbang akan keselamatannya.
Sementara itu, difahamkan pempengaruh lelaki terbabit telah tampil memohon maaf selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Polis sedang menyiasat laporan seorang model warga Rusia yang mendakwa menjadi mangsa kata-kata lucah semasa makan di restoran di Bukit Bintang.
- Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan laporan berkaitan video di TikTok yang memalukan pengadu, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Model warga Rusia, Alisa Kasimova, 26 tahun, membuat laporan polis selepas mendapat kata-kata lucah dari seorang pempengaruh tempatan di restoran; rakaman kejadian tersebar di media sosial.