awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan pelancong asing bayar RM100 elak disaman di Langkawi

Bernama
Bernama
30/01/2024
12:37 MYT
Polis siasat dakwaan pelancong asing bayar RM100 elak disaman di Langkawi
Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan seorang pelancong asing bahawa beliau membuat pembayaran RM100 bagi mengelak daripada dibawa ke balai polis dan disaman kerana tidak memakai topi keledar di Pulau Langkawi. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan seorang pelancong asing bahawa beliau membuat pembayaran RM100 bagi mengelak daripada dibawa ke balai polis dan disaman kerana tidak memakai topi keledar di Pulau Langkawi.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata video yang tular semalam itu dipercayai telah dimuat naik di laman media sosial YouTube pada 10 Nov tahun lepas.
"Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi kira-kira satu minit 45 saat yang merakamkan percakapan lelaki warga asing itu dengan seorang individu lain yang memaklumkan bahawa dia mempunyai pilihan sama ada untuk pergi ke balai polis atau membuat pembayaran berjumlah RM100 bagi mengelakkan disaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelancong asing
#video tular
#elak disaman
#Polis Daerah Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan