MALAYSIA
Polis siasat insiden kejar-mengejar dan perlanggaran dua kenderaan di Jalan Sekerat
Video insiden kejar-mengejar dan perlanggaran dua kereta itu mula tular di media sosial sekitar jam 8.30 malam tadi, mencetuskan pelbagai reaksi orang awam. - Foto tular
SUNGAI PETANI: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden perlanggaran dua kenderaan yang dipercayai berlaku di Jalan Sekerat, susulan satu video kejadian yang tular di media sosial malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, kejadian membabitkan sebuah Toyota Corolla yang dipandu seorang lelaki dan sebuah Nissan Grand Livina milik pengadu.
"Kejadian dipercayai berlaku 1.35 tengah hari selepas pengadu melihat kereta Grand Livina miliknya didakwa dilanggar lari oleh sebuah Toyota Corolla warna putih yang dipandu oleh seorang lelaki.
"Berikutan itu, pengadu mengejar kenderaan terbabit ke Jalan Sekerat, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
"Apabila suspek menyedari dia diekori pengadu, (kenderaan) suspek berpusing dan melanggar sisi kanan Grand Livina yang dipandu pengadu.
"Suspek juga bertindak keluar dari kereta dan mencabar dan memaki hamun pengadu sebelum melarikan diri," katanya.
Video insiden tersebut mula tular di media sosial sekitar jam 8.30 malam, mencetuskan pelbagai reaksi orang awam.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Kes turut disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 atas kesalahan gagal mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.
Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan.
Kes ini turut menjadi perhatian kerana elemen kejar-mengejar dan tindakan agresif suspek yang dirakam secara terbuka.