Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak

Tangkap layar seorang pejalan kaki yang meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di Johor Bahru pada Khamis. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di sini pada Khamis.
Ringkasan AI
- Polis menyiasat insiden di Jalan Austin Heights 8/2, Johor Bahru yang melibatkan seorang pejalan kaki meluru ke arah kereta bergerak pada Khamis. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan kejadian tersebut.
- Wanita berusia 26 tahun yang memandu Mercedes Benz dari Taman Cemerlang ke Taman Mount Austin menjadi mangsa insiden ketika pejalan kaki warga tempatan berlari tiba-tiba ke arah kereta. Pejalan kaki belum membuat laporan polis, dan kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59.
- Polis meminta saksi yang menyaksikan insiden tersebut untuk memberi kerjasama dengan tampil di Balai Trafik Johor Bahru Selatan serta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Norijan Sharkawi di talian 013-2623176.
"Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis jam 7.35 pagi melibatkan seorang pejalan kaki dengan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes Benz.
"Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan yang bekerja di kedai buku dalam perjalanan dari Taman Cemerlang menuju ke Taman Mount Austin.
"Ketika melalui kawasan terbabit, secara tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berlari secara meluru ke arah kereta berkenaan. Pejalan kaki itu juga masih belum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Raub, kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59 iaitu kecuaian pejalan kaki melintas jalan.
Katanya, polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan.
"Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Norijan Sharkawi di talian 013-2623176," katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan insiden melibatkan pejalan kaki dan kereta di Jalan Austin Heights 8/2, Johor Bahru? A: Insiden berlaku apabila seorang pejalan kaki secara tiba-tiba meluru ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak di kawasan berkenaan.
- Q: Siapakah yang terlibat dalam insiden tersebut? A: Insiden melibatkan seorang pejalan kaki lelaki dengan seorang wanita warga tempatan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis berhubung dengan kes tersebut? A: Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59 iaitu kecuaian pejalan kaki melintas jalan, dan meminta saksi awam yang menyaksikan kejadian untuk memberi kerjasama dalam siasatan.
- Q: Adakah pejalan kaki yang terlibat dalam insiden telah membuat laporan polis? A: Pejalan kaki yang terlibat masih belum membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
- Q: Bagaimana individu yang menyaksikan kejadian tersebut boleh memberi maklumat kepada pihak berkuasa? A: Individu yang menyaksikan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Norijan Sharkawi di talian 013-2623176 atau tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

