awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat isu bantuan mangsa banjir di Segamat dibangkitkan ahli politik

Bernama
Bernama
09/01/2022
15:48 MYT
Polis siasat isu bantuan mangsa banjir di Segamat dibangkitkan ahli politik
Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya melakukan siasatan susulan laporan polis yang diterima berhubung siaran langsung itu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia sedang melakukan siasatan berhubung isu pemberian bantuan mangsa banjir di Daerah Segamat yang dibangkitkan oleh seorang ahli politik dan disiarkan dalam satu sidang media secara langsung di platform media sosial semalam.
Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya melakukan siasatan susulan laporan polis yang diterima berhubung siaran langsung itu.
"Dalam sidang media tersebut, ahli politik berkenaan telah menyentuh isu berkaitan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.
Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat-pejabat daerah telah mengeluarkan tatacara, prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan demi kebaikan semua pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Khaw berkata pihaknya tidak beranggapan bahawa mana-mana sukarelawan daripada badan bukan kerajaan atau parti politik yang memberikan bantuan adalah merupakan suatu kesalahan undang-undang.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang secara adil dan saksama untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau tidak," katanya.
Khaw menjelaskan susulan itu, pihaknya bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan atas laporan polis yang diterima dan hasil siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sebelum pertuduhan dibuat.
Beliau pada masa sama menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan seperti media sosial atau platform lain untuk melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengganggu- gugat ketenteraman dan keselamatan awam berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang penjawat awam, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#isu bantuan mangsa banjir
#Segamat
#ahli politik
#Pemangku Ketua Polis Johor
#Khaw Kok Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan