awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2023
23:42 MYT
Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit
Pada Jumaat, tular video yang memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan individu di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Beberapa individu dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan video tular kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, pihaknya sebelum itu mengesan video tular tersebut yang dipercayai dimuat naik oleh seorang individu di TikTok.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan melibatkan video kekecohan tersebut.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, siasatan sedang berjalan dan beberapa individu telah dipanggil untuk diambil keterangan.
"Proses berkenaan dijalankan bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
Pada Jumaat, tular video memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan individu di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kecoh
#Chow Kit
#pasar raja bot
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan