awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2023
23:10 MYT
Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Ismanira dan Zaim Ikhwan ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh pada Khamis. Zayn Rayyan (kanan).
SHAH ALAM: Polis masih menyiasat punca kecederaan pada leher yang dialami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan menjurus kepada punca sebenar kematian mangsa.
"Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa, dan beberapa bahagian tubuh lain.
"Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan secara langsung sama ada kesan tersebut berpunca daripada jerutan atau apa-apa yang mengakibatkan kematian mangsa kerana ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan merakam semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan susulan hasil bedah siasat yang dijalankan itu.
"Kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa semula berkaitan kejadian berkenaan.
"Selain itu, pasukan khas turut ditubuhkan untuk menjalankan siasatan," katanya.
Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#Zayn Rayyan meninggal dunia
#kanak-kanak autisme
#Damansara Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan