awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes cerca Islam dan imam masjid melalui Facebook

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
30/06/2017
07:19 MYT
Polis siasat kes cerca Islam dan imam masjid melalui Facebook
Tian Kee berkata, sebelum ini imam masjid berkenaan telah menerima satu mesej daripada aplikasi WhatsApp selepas menunaikan urusan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Polis akan menyiasat tindakan seorang lelaki yang bertindak menghina agama Islam melalui kenyataan dalam laman sosial Facebook dan menjadi viral ketika ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai perkara tersebut dan memandang serius kenyataan itu.
Jelasnya, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh Imam Besar Masjid Negeri Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam (Khamis) berkenaan isu terbabit.
“Buat masa ini, siasatan awal mendapati suspek dikenal pasti dengan nama Amirul Mukminin dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Tian Kee berkata, sebelum ini imam masjid berkenaan telah menerima satu mesej daripada aplikasi WhatsApp selepas menunaikan urusan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Sebelum ini, sekitar 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Perak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung status didapati mencerca serta menghina khutbah yang melabel fahaman liberalisme, LGBT dilabel sebagai musuh Islam termasuk mengekalkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan berdoa dalam bahasa Arab, Qatar dikatakan Muhajirin.
Status berkenaan turut menghina khatib (imam) dengan kata-kata kesat yang keterlaluan.
“Sebagai Imam Besar Masjid Negeri, pengadu berasa amat kecewa dan terasa terhina dengan cercaan suspek terhadap beliau.
“Kami menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang komen atau pendapat yang menyentuh mana-mana agama yang boleh dikira menghina dan menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Facebook
#hina Islam
#imam masjid
#laman sosial
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan