MALAYSIA
Polis siasat kes pasang Jalur Gemilang terbalik di Pekan Nanas
Polis sedang menyiasat kejadian pemasangan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) secara terbalik pada sebuah kenderaan di Pekan Nanas, yang tular di media sosial baru-baru ini. - Foto tular/Sinar Harian
PONTIAN: Polis sedang menyiasat kejadian pemasangan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) secara terbalik pada sebuah kenderaan di Pekan Nanas, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial facebook di https://www.facebook.com/share/v/19kMVUaNtQ/ berhubung kejadian itu, yang membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang diparkir di hadapan sebuah kedai perabot tingkat bawah di Jalan Besar, Pekan Nanas.
"Perbuatan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Pemilik kenderaan bagaimanapun telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan awal dijalankan dan tindakan segera telah diambil bagi membetulkan kedudukan bendera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan memasang bendera secara terbalik boleh mengundang salah faham awam serta menjejaskan sensitiviti rakyat Malaysia.
Menurutnya kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan kenyataan berbaur provokasi berkaitan isu tersebut di mana-mana platform media sosial sehingga siasatan selesai.
"Pihak polis juga ingin mengingatkan semua agensi, premis perniagaan serta individu agar memastikan pemasangan Jalur Gemilang dilakukan mengikut tatacara dan protokol yang ditetapkan sebagai tanda penghormatan kepada kedaulatan negara," katanya.
-- BERNAMA