Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A Vigneswaran yang didakwa melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Nov lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan lapangan terbang malam tadi dan pihaknya akan menunggu laporan lengkap siasatan berkenaan.
"Sebenarnya saya tidak tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini. Tetapi memandangkan laporan polis telah dibuat, biarlah polis jalankan tugas mereka, saya akan tunggu laporan penuh siasatan itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Berkenalan dan Taklimat Agensi-agensi Kerajaan Bersama Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Temiang dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Temiang dan Kampung Bukit Merbah di sini, hari ini.
Kejadian berlaku pada 14 Nov lalu pada 10.14 malam ketika presiden MIC itu diminta berhenti oleh pegawai yang ditempatkan di laluan VIP kerana tidak mematuhi kod pakaian.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan pihak berkuasa, Vigneswaran tidak berhenti dan meneruskan turun ke bawah di bahagian lobi VIP.
Loke berkata sebagai kerajaan baharu yang mempertahankan pelaksanaan undang-undang, kementerian tidak teragak-agak untuk mempertahankan pegawai kerajaan yang menjalankan tugas mengikut prosedur dan protokol yang benar ketika menjalankan tugas.
Tambahnya beliau dimaklumkan Vigneswaran tidak akan membuat sebarang permohonan maaf, kerana berpendapat beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan itu adalah hak beliau sama ada mahu memohon maaf atau tidak.
"Pada saya kalau kita rasa kita sudah menyakiti hati orang lain dengan perbuatan dan perkataan kita, memohon maaf adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan.
"Memohon maaf tidak akan merendahkan martabat seseorang, sebagai seorang yang mempunyai posisi yang dihormati di Dewan Negara, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata kementerian sentiasa mencari formula dan pendekatan baharu bagi membantu semua golongan termasuk pemandu teksi dan pengusaha kereta sewa.
"Kami menggalakkan golongan itu untuk melaksanakan e-hailing supaya membantu meningkatkan pendapatan mereka. Melalui sistem ini, mereka boleh mendapatkan pelanggan selain menggunakan kaedah biasa," katanya.
Usaha kementerian untuk membantu pemandu teksi akan diteruskan selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat ditubuhkan tahun hadapan, katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Bantuan Anak Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Negeri Johor bagi meringankan beban kumpulan itu berikutan pendapatan mereka semakin berkurangan, kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 18 2018
Polis akan menjalankan siasatan berhubung isu Vigneswaran (gambar) yang didakwa melanggar peraturan keselamatan di KLIA. -Gambar fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.