NATIONAL
Polis siasat laporan DAP jalankan propaganda jahat
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP itu semalam. - Gambar fail
Polis
menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli seumur hidup parti DAP, Amran Ahmad bahawa parti
itu menjalankan propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang dengan menggunakan
nama gabungan pembangkang demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP itu semalam.
Beliau mengesahkan Amran telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu.
“Laporan polis ini kita akan buat siasatan di
bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Amran meminta pihak polis
menjalankan siasatan menyeluruh dan menghentikan apa yang beliau dakwa propaganda
jahat DAP sebelum PRU14 berakhir beberapa hari lagi.
Amran memaklumkan telah membuat laporan polis dan
menyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah yang dikatakan
disebarkan DAP.