awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja'

Bernama
Bernama
19/03/2023
07:50 MYT
Polis siasat penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja'
Azmi (kanan) berucap ketika merasmikan Program High Profile Policing di Taman Tasik Esplanade Suria KLCC hari ini. Turut hadir Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya (kiri). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasaran berhubung penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja' oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata walaupun program itu telah dibatalkan semalam, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.
Beliau berkata ekoran itu, polis telah merakamkan kenyataan pengadu serta beberapa saksi bagi membantu siasatan.
"Polis juga telah menghubungi salah seorang NGO yang terlibat program ini dan dia memberi aku janji kepada polis untuk hadir ke IPD Sentul untuk diambil keterangan pada esok.
"Sebaik kertas siasatan dibuat kamu akan rujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.
"Saya berharap pihak yang terlibat memberi kerjasama untuk kami lengkapkan siasatan," katanya ketika ditemui selepas program High Profile Policing sempena Peringatan Hari Polis yang ke-216 di KLCC, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan program 'Jom Ziarah Gereja' oleh NGO yang bernaung KBS.
Pada Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program 'Jom Ziarah Gereja' tidak melibatkan individu beragama Islam.
Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan hari wanita yang diadakan hadapan Sogo dan Dataran Merdeka yang dikaitkan dengan perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 12 Mac lalu, Azmi berkata seramai tujuh individu termasuk penganjur telah selesai diambil keterangan bagi membantu siasatan.
"Kami menjangkakan akan merujuk kertas siasatan yang dilengkapkan ke pejabat TPR Selasa ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jom ziarah gereja
#Kementerian Belia dan Sukan
#kertas siasaran
#Azmi Abu Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan