NATIONAL
Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela Ling

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima berkaitan penemuan mayat di lokasi tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap sebuah portal berita dalam talian yang disyaki menyiarkan laporan berhubung penemuan mayat Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya sehingga tular di media sosial semalam.
Ringkasan AI
- Siasatan terhadap laporan berita palsu: Polis Selangor menjalankan siasatan terhadap sebuah portal berita dalam talian yang didakwa menyiarkan laporan palsu mengenai penemuan mayat Datin Seri Pamela Ling Yueh di Petaling Jaya.
- Penafian laporan tular oleh pihak polis: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima berkaitan penemuan mayat di lokasi tersebut.
- Latar belakang kehilangan Pamela Ling Yueh: Pamela, 42, dilaporkan hilang pada 9 April ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya menggunakan perkhidmatan e-panggilan.
Semalam polis mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial sebuah portal berita dalam talian bertajuk Police Interview Pamela Ling's Children and Family Friend in Death Investigation adalah palsu.
Hussein mengesahkan tiada apa-apa laporan diterima pihaknya berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya, seperti yang dinyatakan dalam laporan tular berkenaan.
Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan.
Laporan polis berhubung kehilangannya diterima pada 3.02 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami