awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat sekumpulan lelaki kerumun rak mainan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2021
22:00 MYT
Polis siasat sekumpulan lelaki kerumun rak mainan
Gambar tular sekumpulan lelaki mengerumuni rak mainan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menyiasat sekumpulan individu yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila berasak-asak mengerumuni rak mainan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya mengesan gambar tular di media sosial melibatkan sekumpulan lelaki tidak mematuhi SOP penjarakan sosial di sebuah kedai permainan kanak-kanak dalam pusat beli-belah tersebut.
"Siasatan awal mendapati gambar tular itu telah disahkan berlaku pada Jumaat lalu.
"Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti individu terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut," katanya di sini pada Ahad.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.
Beliau sehubungan itu meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan.
"Kita tidak berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP dan mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat yang disalurkan kepada polis bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi," ujar beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rak mainan
#pusat beli-belah
#Muhammad Idzam Jaafar
#penjarakan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan