awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video di TikTok fitnah anggotanya terima rasuah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/06/2023
21:45 MYT
Polis siasat video di TikTok fitnah anggotanya terima rasuah
Tular video dan hantaran di TikTok yang didapati cuba menjejaskan reputasi PDRM pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik menerusi TikTok dengan hantaran mendakwa terdapat unsur rasuah melibatkan anggotanya, pada Jumaat.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol, video tular itu memaparkan sebuah kenderaan ditarik dengan lori di hadapan IPD Shah Alam dan mendakwa polis menerima rasuah dan semua polis daerah itu di bawah kawalan mereka.
"Hasil siasatan mendapati waklil daripada bank telah membuat satu laporan polis mengenai tindakan menarik kenderaan tersebut kerana mempunyai tunggakan ansuran bulanan selama lima bulan.
"Pemilik akaun TikTok itu telah menggunakan kata-kata berunsur fitnah terhadap polis bertujuan untuk menjejaskan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Justeru, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Menurutnya, sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid Rusazman Sharan di talian 019-222 3361.
Topic Berkaitan
#video TikTok
#polis rasuah
#fitnah polis
#IPD Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan