awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video fitnah libatkan Raja Di Hilir Perak tular di TikTok

Bernama
Bernama
01/08/2025
06:50 MYT
Polis siasat video fitnah libatkan Raja Di Hilir Perak tular di TikTok
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya mengesan kandungan yang dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun TikTok yang mencemarkan nama baik Raja Di Hilir Perak. - Gambar fail
IPOH: Polis sedang menyiasat video tular memaparkan kandungan berunsur fitnah dan palsu membabitkan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Ringkasan AI
  • Polis sedang menyiasat video TikTok berunsur fitnah dan palsu yang mencemarkan nama baik Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah, susulan laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada 24 Julai.
  • Kandungan video tersebut didapati tidak benar, termasuk dakwaan mengenai upacara pertabalan pada 7 Ogos dan pemberian insentif RM800 kepada rakyat Perak.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan nasihat kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kegusaran.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya mengesan kandungan yang dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun TikTok yang mencemarkan nama baik Raja Di Hilir Perak.
Beliau berkata susulan penularan video berkenaan, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada 24 Julai lepas.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang upacara pertabalan akan diadakan pada 7 Ogos ini di mana-mana istana di Perak seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.
"Selain itu, dakwaan berhubung pemberian insentif berjumlah RM800 kepada rakyat Perak juga tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian.
"Orang ramai turut dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Di Hilir Perak
#video tular
#laporan polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan